MKN nafi kuat kuasa PKP di Kedah mulai esok

MKN nafi kuat kuasa PKP di Kedah mulai esok

MKN menafikan dakwaan berita tular mengenai pelaksanaan perintah kawalan pergerakan di Kedah bermula esok sehingga 31 Jan ini.

MKN meminta orang tidak menularkan maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kegusaran awam.
KUALA LUMPUR:
Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan dakwaan mengenai pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) di Kedah bermula esok sehingga 31 Jan ini, seperti yang tular di media sosial.

Pemakluman berita palsu itu dikeluarkan oleh Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, pada jam 11 malam tadi.

Sehubungan itu, MKN meminta orang tidak menularkan maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kegusaran awam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.