467 penjawat awam rasuah ditahan tahun lalu

467 penjawat awam rasuah ditahan tahun lalu

Jumlah tangkapan berkurangan berbanding 2019 namun rasuah dalam golongan itu tetap dianggap membimbangkan.

Penglibatan penjawat awam dalam pelbagai kes rasuah amat membimbangkan dan isu integriti serta salah guna kuasa tidak boleh dipandang remeh.
KUALA LUMPUR:
Sepanjang tahun lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 467 penjawat awam atas pelbagai kesalahan rasuah.

Menurut statistik tangkapan dipaparkan laman web rasmi SPRM hari ini, jumlah itu melibatkan 349 individu daripada kumpulan sokongan, pengurusan dan profesional (109), dan kumpulan pengurusan tertinggi (9).

Angka itu menunjukkan penurunan berbanding 525 penjawat awam yang ditahan atas kesalahan terbabit pada 2019.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata penglibatan penjawat awam dalam pelbagai kes rasuah amat membimbangkan dan isu integriti serta salah guna kuasa tidak boleh dipandang remeh sebaliknya perlu diberi perhatian serius kerana usaha untuk membaiki budaya negatif dalam sektor awam mesti dilakukan secara dalaman.

Susulan itu, Azam meminta penjawat awam bekerjasama dengan SPRM untuk menangani isu berkenaan dengan menjadi pemberi maklumat atau “whistleblower”.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.