
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lima kluster tempat kerja itu dikesan di Johor, masing-masing dua di Selangor dan KL serta satu di Sabah.
Katanya, dua lagi kluster komuniti dikesan di Sabah dan Sarawak.
Kluster Persiaran Subang melibatkan daerah Klang dan Petaling di Selangor, dengan kes positif dilaporkan 27 Jan lalu hasil saringan bersasar sebuah kilang di Persiaran Teknologi Subang, Batu Tiga, Shah Alam. Kini, 16 kes positif dikesan selepas 509 orang disaring.
Kluster Industri Indah dikesan di Klang, Selangor, dengan kes positif dilaporkan mulai semalam menerusi saringan bersasar sebuah kilang di Taman Perindustrian Meru Indah, Kapar. Setakat ini, 47 daripada 87 orang yang disaring didapati positif.
Kluster Tapak Bina Jalan Klang melibatkan Lembah Pantai di
Kuala Lumpur. Kes positif dilaporkan hari ini hasil saringan bersasar sebuah tapak pembinaan di Jalan Klang Lama. Sebanyak 50 kes positif direkodkan selepas 370 orang disaring.
Kluster Tapak Bina Jalan Vista dikesan di Cheras, Kuala Lumpur, di mana kes positif mula dilaporkan 20 Jan lalu hasil saringan bersasar sebuah tapak pembinaan di Jalan Bukit Vista Komanwel, Taman Sukan Extreme, Cheras. Selepas 464 orang disaring, 47 kes positif dikesan.
Kluster Jalan Kota Burok di Muar, Johor membabitkan pekerja kilang di Jalan Kota Burok, Bukit Pasir. Kes indeks didapati positif 23 Jan lalu hasil saringan sebelum pulang ke negara asal. Kini, 30 kes positif dicatatkan selepas 51 orang disaring.
Kluster Jalan By Pass di Segamat, Johor dikesan selepas kes positif mula dilaporkan 27 Jan lalu hasil saringan bersasar sebuah institut latihan awam di Jalan By Pass, Segamat. Setakat ini, 23 kes positif direkodkan selepas 103 individu disaring.
Kluster Jalan Bistari Dua di Johor Bahru dikesan selepas kes positif dilaporkan hari ini hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Bistari 2, Taman Industri Jaya, Skudai. Seramai 55 orang disaring dan 17 kes positif dicatatkan.
Satu lagi kluster tempat kerja di Johor Bahru, iaitu Jalan Empayar. Kes positif dikesan mulai 22 Jan lalu melalui saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Empayar 2, Taman Perindustrian Empayar, Nusajaya. Kini, 18 daripada 74 orang yang disaring didapati positif.
Kluster Jalan Rusa Scientex juga di Johor Bahru. Kes positif mula dilaporkan 24 Jan lalu hasil saringan bersasar sebuah
pasar raya di Jalan Rusa, Taman Scientex, Pasir Gudang. Enam kes positif dikesan hasil saringan ke atas 120 orang.
Kluster Jalan Sepanggar di Kota Kinabalu dikesan selepas kes indeks disahkan positif 27 Jan lalu menerusi saringan individu bergejala. Kluster yang membabitkan kakitangan sebuah pusat pentadbiran awam di Jalan Sepanggar ini mencatatkan 12 kes positif selepas 80 individu disaring.
Kluster Tinanom ialah kluster komuniti di Ranau, Sabah, dengan kes indeks didapati positif 19 Jan lalu hasil saringan individu bergejala. Nama kluster inni merujuk lokaliti kediaman kes indeks di Kampung Tinanom. Selepas 65 individu disaring, 46 kes positif direkodkan.
Kluster Tabong ialah kluster komuniti di Bau, Sarawak. Kes
indeks dikesan positif 27 Jan lalu hasil saringan individu
bergejala. Nama kluster ini merujuk lokaliti kediaman kes
indeks di Jalan Tabong, Kampung Apar Singai. Kini, tujuh daripada 74 orang yang disaring disahkan positif.
Hisham berkata, sembilan lagi kluster tamat hari ini, iaitu Alor, Nahaba, Integra Ikon, Bukit Naga, Tapak Bina Metropolis, Tapak Bina Jalan Gadang, Tapak Bina Kasih,
Tapak Bina Sinar View dan Tapak Bina Residen.
Ini menjadikan 416 daripada 791 kluster yang dikesan sejak Covid-19 menular di Malaysia berakhir setakat ini.
Katanya, 89 daripada 375 kluster aktif mencatatkan pertambahan kes baru hari ini.
“Kluster dengan pertambahan kes baru tertinggi hari ini adalah kluster Tanjung Suria (385), Penjara Jalan Harapan (224) dan Penjara Jalan Sungai Jelok (116),” katanya dalam kenyataan.