10 kluster baru dikesan, 6 berkaitan tempat kerja

10 kluster baru dikesan, 6 berkaitan tempat kerja

Baki empat lagi kluster baru membabitkan komuniti.

Masih ada 421 kluster aktif daripada keseluruhan 861 kluster yang dilaporkan.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan mengenal pasti 10 kluster baru Covid-19 dengan enam daripadanya berkaitan tempat kerja dan empat lagi kluster komuniti.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiga kluster dikesan di Johor, masing-masing dua kluster di Selangor dan Pahang, serta satu lagi kluster di Kuala Lumpur Sarawak dan Negeri Sembilan.

Kluster Jalan Industri Rawang

Kluster tempat kerja ini membabitkan daerah Gombak di Selangor. Kes positif mula dilaporkan semalam hasil saringan bersasar sebuah kilang di Rawang Integrated Industrial Park.

Setakat ini, 156 orang disaring dan 23 kes positif dilaporkan.

Kluster Jalan Gombak

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak, Sepang,
Petaling dan Hulu Langat di Selangor, serta Cheras di Kuala Lumpur. Kes indeks disahkan positif 18 Jan lalu hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pelajar dan petugas kesihatan sebuah pusat pengajian tinggi di Jalan Gombak.

Sebanyak 41 kes positif direkodkan selepas 1,110 individu disaring.

Kluster Jalan Jasmine

Kluster tempat kerja ini dikesan di Hulu Selangor, selepas kes positif mula dilaporkan 2 Jan lalu menerusi saringan bersasar dua kilang di Jalan Jasmine, Kawasan Perindustrian
Bukit Beruntung, Hulu Selangor.

Kini, 61 kes positif dilaporkan hasil saringan ke atas 1,664 individu.

Kluster Permata Satu 

Kluster tempat kerja ini melibatkan Seremban, Negeri
Sembilan. Kes positif mula dilaporkan 23 Jan lalu hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Permata 1, Arab Malaysian Industrial Park, Nilai, Seremban.

Setakat ini, 532 orang disaring dan 31 kes positif dikesan.

Kluster Jalan Pengiran

Kluster tempat kerja ini dikesan di Matu, Sarawak, dengan kes indeks disahkan positif 24 Jan lalu melalui saringan individu bergejala.

Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah pusat pentadbiran awam di Jalan Pengiran, Matu. Selepas 113 individu disaring, 20 kes positif direkodkan.

Kluster Parit Penyengat

Kluster tempat kerja ini melibatkan Muar, Johor. Kes positif dilaporkan hari ini hasil saringan bersasar sebuah kilang, di mana asrama pekerja terletak di Lot Parit Penyengat Darat,
Muar.

Sehingga kini, 572 orang disaring dan 34 kes positif dikesan.

Kluster Kampung Lukut 

Kluster komuniti ini dikesan di Kota Tinggi, Johor, dengan kes indeks dilaporkan positif 28 Jan lalu hasil saringan individu bergejala.

Nama kluster merujuk lokaliti kediaman kes indeks di Kampung Lukut, Kota Tinggi. Kini, 15 daripada 33 orang yang disaring didapati positif.

Kluster Jalan Jelutong 

Lagi kluster komuniti di Kota Tinggi. Kes indeks disahkan positif 27 Jan lalu hasil saringan individu bergejala.

Nama kluster merujuk lokaliti tempat kerja kes indeks di Jalan Jelutong, Taman Desaru Utama, Bandar Penawar, Kota Tinggi. Sebanyak tujuh kes positif dilaporkan selepas 54 orang disaring.

Kluster Rantau Tanjung 

Kluster komuniti ini dikesan di Maran, Pahang, dengan kes indeks dilaporkan positif 27 Jan lalu hasil saringan individu
bergejala.

Kluster melibatkan sebuah majlis sosial yang dihadiri
kes indeks pada 16 Jan lalu. Nama kluster merujuk lokaliti
kes dilaporkan berlaku. Kini, 14 daripada 21 orang yang disaring disahkan positif.

Kluster Kampung Pulau Jawa

Kluster komuniti ini dikesan di Pekan, Pahang, di mana kes indeks dilaporkan positif 29 Jan lalu hasil saringan individu
bergejala.

Nama kluster merujuk lokaliti kes dilaporkan berlaku. Setakat ini, 37 individu disaring dan 16 kes positif dicatatkan.

Sementara itu, Hisham berkata, kluster Desa Setapak tamat hari ini, bermakna masih ada 421 kluster aktif daripada keseluruhan 861 kluster yang dilaporkan.

Katanya, 90 kluster mencatatkan pertambahan kes baru hari ini.

“Kluster dengan pertambahan kes baru tertinggi adalah Persiaran Perkilangan (362), Industri Serkam (201) dan
Jalan Perindustrian (150),” katanya dalam kenyataan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.