14 kluster baru, 13 babit tempat kerja

14 kluster baru, 13 babit tempat kerja

Kluster dikesan di Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kelantan, KL, dan Putrajaya.

PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti 14 kluster baru Covid-19 membabitkan tujuh negeri, Kuala Lumpur dan Putrajaya

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster dikesan di Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kelantan, Kuala Lumpur, dan Putrajaya.

Katanya, 14 kluster baharu yang dikenal pasti melibatkan 13 kluster berkaitan tempat kerja dan satu libatkan komuniti.

Johor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu lima kluster, Perak (3), Selangor (2),Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, dan Putrajaya masing-masing (1).

“Kluster di tempat kerja ialah Kluster Jalan Seelong (Kulai) menjangkiti 327 kes, Kluster Perindustrian Elektronik ( Kulai, Kota Tinggi, Pontian dan Muar) menjangkiti 24 kes, Kluster Jalan Besar Pontian (Batu Pahat dan Pontian) menjangkiti 64 kes, Kluster Ladang Pekan (Kluang) menjangkiti 18 kes.

“Kluster Perindustrian Pelepas ( Johor Bahru, Kluang, Kota Tinggi, Mersing, Kulai dan Muar) menjangkiti 32 kes, Kluster Jalan Jelapang (Kinta dan Kuala Kangsar) menjangkiti 24 kes, Kluster Jalan Perusahaan Tiga ( Larut, Matang, Selama dan Kerian) menjangkiti 21 kes.

“Kluster lain ialah Kluster Kampung Teluk membabitkan komuniti (Manjung) menjangkiti 21 kes, Kluster Tapak Bina Damar (Sepang dan Putrajaya) menjangkiti 64 kes, Kluster Taman Industri ( Petaling dan Kuala Selangor) menjangkiti 16 kes.

“Sementara Kluster Tapak Bina Pantai Dalam (Lembah Pantai) menjangkiti 94 kes,Kluster Selambau (Kuala Muda) menjangkiti 136 kes, Kluster Teknologi Berendam (Melaka Tengah, Jasin, Alor Gajah, Tampin, Sepang dan Tangkak) menjangkiti 41 kes.

KKM turut mengesan Kluster Pangkal Changgong membabitkan daerah Machang, Pasir Puteh dan Tanah Merah di Kelantan dan kini sudah menjangkiti 14 individu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.