17 lagi kluster baru Covid-19, 14 babitkan kluster tempat kerja

17 lagi kluster baru Covid-19, 14 babitkan kluster tempat kerja

Kluster dikesan di Selangor, Johor, Sabah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu dan Kuala Lumpur.

PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti 17 lagi kluster baharu Covid-19 membabitkan 6 negeri dan Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kluster dikesan di Selangor, Johor, Sabah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu dan Kuala Lumpur.

Ia melibatkan 14 kluster berkaitan tempat kerja, serta masing-masing satu kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi, keagamaan, dan komuniti.

  • Kluster Jalan Bukit Kemuning (Klang) dengan 55 kes
  • Kluster Jalan Industri Kidamai (Hulu Langat) dengan 22 kes
  • Kluster Jalan Jitu (Klang) dengan 39 kes
  • Kluster Jalan Hulu Tinggi (Petaling, Klang, Kuala Selangor dan Gombak) dengan 61 kes
  • Kluster Mayang (Petaling) dengan 24 kes
  • Kluster Jalan Perindustrian Estate (Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) dengan 53 kes
  • Kluster Jalan DPB Tiga (Johor Bahru) dengan 41 kes
  • Kluster Perindustrian Fasa 2 (Kulai dan Kota Tinggi) dengan 27 kes
  • Kluster Jalan Sri Putri (Kulai) dengan 22 kes
  • Kluster Jalan Tebrau 2 (Johor Bahru) dengan 12 kes
  • Kluster Mediacity (Cheras, Titiwangsa dan Lembah Pantai) dengan 15 kes
  • Kluster Jalan Changkat Jong (Hilir Perak dan Perak Tengah) dengan 166 kes
  • Kluster Lot Satu (Penampang) dengan 9 kes
  • Kluster Lot Tujuh (Johor Bahru) dengan 8 kes
  • Kluster Lintang Kampung Jawa (Seberang Perai Selatan, Barat Daya, Timur Laut, Seberang Perai Tengah, dan Seberang Perai Utara) dengan 86 kes
  • Kluster Jalan Telok Ira (Temerloh) dengan 47 kes
  • Kluster Kampung Jawek (Besut) dengan 9 kes

Jumlah kluster setakat 18 Feb adalah 1,045 dengan 506 aktif dan 94 kluster melaporkan kes jangkitan baharu.

“Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Kebun Baru (188 kes),

Kluster Jalan Changkat Jong (158 kes), dan Kluster Selambau (155 kes),” katanya.

Sementara itu 10 kluster tamat hari ini iaitu Kluster Silimpopon, Kluster Tapak Bina Dutamas, Kluster Gunung Raya,

Kluster Taman Juta, Kluster Kampung Tengah, Kluster Alor Durian, Kluster Lintas Seraya, Kluster Jalan Kelapa, Kluster Tampoi Tujuh, dan Kluster J Bandar.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.