
Enam lagi berkaitan komuniti, empat ialah sektor pendidikan dan dua kluster keagamaan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster baharu itu dikesan di Sarawak, Kelantan, Kuala Lumpur, Johor, Perak, Melaka, Pahang dan Selangor.
- Kluster Kampung Padang Lalang (Pasir Mas) dengan 15 kes
- Kluster Jalan Sawit (Sarikei) dengan 18 kes
- Kluster Tanjong Kibong (Sibu) dengan 35 kes
- Kluster Sri Manjalara (Kepong) dengan enam kes
- Kluster Persiaran Layar Perak (Johor Bahru) dengan 13 kes
- Kluster Taman Pertama (Manjung, Kinta dan Perak Tengah) dengan 10 kes
- Kluster Kopitiam Machap Baru (Alor Gajah dan Jasin) dengan 20 kes
- Kluster Mutiara Bentong (Bentong dan Temerloh) dengan 15 kes
- Kluster Kampung Paya Ular (Pasir Mas) dengan 41 kes
- Kluster Sungai Mas (Bintulu) dengan 53 kes
- Kluster Mongkos (Kuching dan Tebedu) dengan 23 kes
- Kluster Jalan Dato Onn (Kota Tinggi) dengan sembilan kes
- Kluster Tanah Putih Baru (Kuantan) dengan 26 kes
- Kluster Mahkota Height (Kuantan) dengan 11 kes
- Kluster Taman Medan (Petaling) dengan 27 kes
- Kluster Jalan Yaacob Latif (Cheras) dengan enam kes
- Kluster Persiaran Setia Prima (Petaling dan Klang) dengan 27 kes
- Kluster Jalan Kukup (Pontian) dengan lima kes
- Kluster Seruling Dua Belas (Hulu Selangor) dengan 12 kes
- Kluster Jalan Damai Bakti (Cheras, Titiwangsa dan Kepong) dengan 20 kes.

Noor Hisham berkata, sebanyak 1,726 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 411 kluster aktif dan 99 daripadanya melaporkan pertambahan kes.
Katanya, 14 kluster yang tamat hari ini ialah Persiaran Indahpura Utama, Jalan Permas Cetak, Taman Emas, Jalan Rasmi, Taman Vistagro, Jalan Putra Square, Jalan Kastam Baru, Jalan Kampung Hilir, Jalan Muhibbah, Jalan Anak Gasing, Jalan Faizal, Kebun Baru, Highline dan Tapak Bina Jalan You City, menjadikan 1,315 kluster berakhir setakat ini.
“Kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi hari ini adalah Tok Has (53 kes), Jalan Padang Tembak (43 kes) dan Jalan Wau (34 kes),” katanya dalam kenyataan.