23 lokaliti di Raub bawah PKPD

23 lokaliti di Raub bawah PKPD

Sebanyak 16 lokaliti di Sungai Ruan dan 7 lokaliti di Sempalit terlibat.

PETALING JAYA:
Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di 16 lokaliti di Sungai Ruan dan 7 lokaliti di Sempalit, Raub, Pahang, bermula Sabtu ini sehingga 21 Mei.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, ini susulan peningkatan ketara jangkitan Covid-19 yang dikesan KKM dalam tempoh dua minggu, dengan 65 kes positif direkodkan.

16 Lokaliti Sungai Duan melibatkan Taman Dahlia, Taman KSM Sungai Ruan, Taman Bunga Raya, Taman Sungai Ruan, Taman Cempaka, Taman Bunga Matahari, Taman Koperasi Mewah, Taman Melewar, Taman Mawar.

Turut terlibat Taman Mawar Impian, Taman Bunga Tanjung, Taman Bunga Angsana, Taman Melor, Taman Orkid dan Rumah Murah Sungai Ruan, Kg Baru Sungai Ruan.

Sementara itu, tujuh lokaliti di Sempalit melibatkan Kg Baru Sempalit, Taman Sempalit Indah, Taman Sempalit Baru, Taman Sempalit Aman, Taman Sempalit Jaya, Taman Emas dan Taman Emas Baru.

PKPD di Taman Seri Desa, Kuala Krau, Temerloh, Pahang yang sepatutnya tamat pada 13 Mei pula diawalkan ke 7 Mei berikutan terdapat penurunan kes.

“Terdapat penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala kes terakhir telah direkodkan pada 30 April 2021 iaitu satu kes,” tambahnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.