
Lima belas mukim di Besut adalah Kampung Raja, Keluang, Lubuk Kawah, Bukit Kenak, Pelagat, Jabi, Tembila, Bukit Puteri, Kerandang, Pengkalan Nangka, Kuala Besut, Pasir Akar, Kubang Bemban, Tenang dan Hulu Besut.
Empat mukim di Perak pula terdiri daripada Pengkalan Hulu di Hulu Perak, Taiping di Larut, Matang dan Selama, Hulu Bernam Timur di daerah Muallim serta Hulu Kinta yang meliputi Ipoh, Lahat, Chemor dan Tanjong Rambutan di daerah Kinta.
Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan sembilan daripada 17 kluster aktif di Terengganu membabitkan Besut yang menyumbang kepada lonjakan kes Covid-19 di negeri itu dengan kadar kebolehjangkitan tinggi dalam komuniti.
Katanya, KKM mencatatkan lonjakan kes sebanyak 119.3% di seluruh Perak sejak 5 hingga 18 Mei lalu, iaitu 2,035 kes berbanding 928 kes dari 12 April hingga 4 Mei, yang turut membabitkan empat mukim itu.
“Pelaksanaan PKPD ini untuk mengawal pergerakan penduduk di semua mukim, seterusnya mengekang penularan jangkitan Covid-19 ke komuniti lain,” katanya dalam kenyataan.
PKPD turut dilaksanakan di beberapa lokaliti di Pahang, Kelantan, Sabah dan Sarawak selama dua minggu mulai Sabtu ini, susulan peningkatan kes Covid-19.
- Rumah Banjir Kuala Teh di Jerantut, Pahang
- Kampung Terusan, Mukim Limbat, Pasir Tumboh, Kota Bharu, Kelantan
- Kepulauan Tumpat di Mukim Sungai Pinang, Tumpat, Kelantan
- Kampung Idani di Semporna, Sabah
- Kampung Pisang di Tawau, Sabah
- Kampung Getah, Kampung Getah Tengah dan Taman Kunak Jaya di Kunak, Sabah
- Kampung Boyan di Kuching, Sarawak.
Ismail berkata, PKPD di Sekolah Menengah Ugama Pantai Manis di Papar, Sabah dilanjutkan mulai esok, manakala Kampung Baru Sempalit, Taman Sempalit Aman, Taman Emas Baru, Taman Sempalit Indah, Taman Sempalit Jaya, Taman Sempalit Baru dan Taman Emas dilanjutkan mulai Sabtu ini.
Katanya, lanjutan PKPD turut dilaksanakan ke atas Sungai Ruan, Raub membabitkan Taman Dahlia, Taman Cempaka, Taman Mawar, Taman Melor, Taman KSM Sungai Ruan, Taman Bunga Matahari, Taman Mawar Impian, Taman Orkid, Taman Bunga Raya, Taman Koperasi Mewah, Taman Bunga Tanjung, Rumah Murah Sungai Ruan, Taman Sungai Ruan, Taman Melewar, Taman Bunga Angsana dan Kampung Baru Sungai Ruan.
Beliau berkata, PKPD di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail di Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor akan ditamatkan mengikut jadual esok.
Dalam perkembangan lain, Ismail berkata, 495 orang ditahan melanggar SOP perintah kawalan pergerakan semalam, dengan 468 daripadanya dikompaun dan 27 lagi direman.
Antara kesalahan itu adalah gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (143), tidak memakai pelitup muka (126), tidak patuh arahan kawalan pergerakan (84), tiada penjarakan fizikal (47), aktiviti pusat hiburan (15), rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (8) dan lain-lain (72).
Katanya, 29 pendatang asing tanpa izin ditahan dan lapan kenderaan darat dirampas menerusi Operasi Benteng semalam.