5,841 kes Covid-19, 84 kematian, 869 pesakit di ICU

5,841 kes Covid-19, 84 kematian, 869 pesakit di ICU

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan setakat ini sebanyak 716,847 kes, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan sebanyak 5,841 kes baharu Covid-19 dengan 84 kematian dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan setakat ini 716,847 kes.

Selangor terus mencatatkan jangkitan tertinggi iaitu 2,072

Ia diikuti Negeri Sembilan (781), Sarawak (581), Kuala Lumpur (552), Johor (346), Kedah (271), Melaka (247), Labuan (212), Sabah (203), Pahang (162), Kelantan (135), Perak (120), Penang (108), Terengganu (29), Putrajaya (17) dan Perlis (5).

Daripada jumlah kes baharu itu, lapan adalah kes import dan baki 5,833 pula penularan tempatan.

Noor Hisham berkata, terdapat 61,162 kes aktif dengan 438 daripada 869 pesakit di unit rawatan rapi (ICU) memerlukan bantuan pernafasan.

Kes sembuh pula mencatatkan 5,411 dengan jumlah kumulatif 650,964 manakala jumlah keseluruhan kematian setakat ini 4,721.

Beliau berkata, 84 kematian dilaporkan hari ini melibatkan 32 di Selangor, masing-masing 10 di Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan, lapan di Kelantan, tujuh di Johor, enam di Kedah, tiga di Labuan, masing-masing dua di Melaka, Perak dan Pahang serta masing-masing satu di Sabah dan Terengganu.

“Kes kematian itu membabitkan 73 warganegara dan 11 bukan warganegara.

“Korban termuda berusia 24 tahun manakala paling tua berusia 90 tahun dengan majoritinya mempunyai sejarah penyakit kronik seperti kencing manis, jantung, darah tinggi, buah pinggang dan strok,” katanya.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.