Pasar Datuk Keramat diarah tutup seminggu kerana Covid-19

Pasar Datuk Keramat diarah tutup seminggu kerana Covid-19

Penutupan selama seminggu itu akan bermula esok sehingga 14 Julai nanti.

DBKL memaklumkan penutupan perlu dilakukan bagi memberi laluan kepada operasi sanitasi di seluruh kawasan pasar berkenaan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Pasar Datuk Keramat diarahkan tutup selama seminggu bermula esok hingga 14 Julai in, susulan pengesanan kes Covid-19 di kawasan terbabit.

Perkara itu dimaklumkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan di laman rasmi Facebook hari ini.

Katanya, penutupan perlu dilakukan bagi memberi laluan kepada operasi sanitasi di seluruh kawasan pasar berkenaan.

“Berikutan penutupan ini, tiada sebarang aktiviti perniagaan akan dijalankan di pasar sehingga tarikh ditetapkan itu.

“Kita juga akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mereka yang gagal mematuhi arahan ini,” kata DBKL.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.