Kanak-kanak mati diseret lembu 50m

Kanak-kanak mati diseret lembu 50m

Budak berusia enam tahun maut diseret selepas kakinya terbelit pada tali ikatan lembu.

Ketua Polis Daerah Jeli Ahmad Arifin berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
PETALING JAYA:
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun menemui ajal selepas diseret lembu yang “terkejut” sejauh 50m dalam kejadian di Kampung Rahmat, Jeli, semalam.

Ketua Polis Daerah Jeli Ahmad Arifin berkata, mangsa bersama bapanya yang berusia 29 tahun pergi ke kawasan padang rumput untuk membawa pulang lembu peliharaan ke rumah sekitar jam 6.40 petang.

“Bapa mangsa dikatakan membuka ikatan tali lembu sebelum tiba-tiba tali tersebut terbelit pada kaki mangsa.

“Lelaki itu cuba melepaskan belitan tali berkenaan menyebabkan lembu tersebut ‘terkejut’ dan melarikan diri dalam keadaan mengheret mangsa sejauh kira-kira 50m,” katanya dalam kenyataan.

Ahmad berkata, kanak-kanak itu dikejarkan ke Hospital Jeli untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan di kepala dan badan.

“Siasatan pihak kami mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian ini dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.