PKPD di 34 mukim Selangor tamat tengah malam ini

PKPD di 34 mukim Selangor tamat tengah malam ini

Keputusan itu dibuat selepas Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan mengenai situasi semasa.

PETALING JAYA:
Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di 34 mukim di Selangor ditamatkan tengah malam ini.

Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat selepas Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai situasi semasa.

Dalam kenyataan hari ini, beliau turut memaklumkan lokaliti yang terlibat dalam pelaksanaan, pelanjutan dan penamatan PKPD.

Pelaksanaan PKPD bermula 18 hingga 31 Julai seperti berikut:

  • 13 lokaliti dalam daerah Kuantan.
  • Damai Apartment, PJS 8, Mukim Damansara, Daerah Petaling, Selangor.
  • Jalan Pandan Indah, Mukim Ampang, Daerah Hulu Langat, Selangor.
  • Jalan Batu Nilam, Bandar Bukit Tinggi, Mukim Klang, Daerah Klang, Selangor.
  • Taman Samudera, Mukim Batu, Daerah Gombak, Selangor.
  • Ladang Sawit KLK Lungmanis dan Perumahan Kilang, Mukim Silabukan, Lahad Datu, Sabah.
  • Kampung Pinolobuh Bukid, Kota Belud, Sabah.
  • PPR Taman Ehsan, Kudat, Sabah.
  • Tiga lokaliti di Bahagian Kuching, Sarawak; Kampung Seratau, Kampung Astana Lot, Kampung Sungai Bedil Besar.

Pelanjutan PKPD bermula 18 hingga 31 Julai adalah seperti berikut:

  • Kampung Siasai Dundau, Kota Belud, Sabah
  • Kampung Naruntung, Pitas, Sabah

Penamatan PKPD

  • 34 Mukim di Selangor pada 16 Julai
  • Kilang Jimat Jaya Sdn Bhd, Kawasan Industri Ringan Bukit Makmur & Asrama Pekerja, Kuala Muda, Kedah pada 17 Julai
  • Kampung Pantai Emas, Kota Belud, Sabah pada 17 Julai
  • Kampung Iban Kuala Nansang, Tawau, Sabah pada 17 Julai
  • Kampung Babagon, Penampang, Sabah pada 17 Julai
  • Taman Nagasari, Mukim 6, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang pada 17 Julai
  • Taman Desaria, Seremban, Negeri Sembilan pada 18 Julai

Dalam pada itu, Ismail berkata menerusi Task Force Operasi Pematuhan semalam, 416 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 404 individu dikompaun manakala 12 lagi direman.

Bagi Pelan Pemulihan Negara (PPN), beliau berkata semalam sebanyak 180 kilang dan premis perniagaan dikenakan tindakan kerana tidak mematuhi SOP dan hari ini, 65 premis turut dikenakan tindakan.

“Kerajaan tidak akan berkompromi jika terdapat pelanggaran arahan serta SOP dalam apa juga situasi kerana apa yang menjadi keutamaan kini adalah keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

“Jika ada mana-mana premis masih berdegil dan melanggar arahan pihak berkuasa, tindakan keras termasuk arahan tutup serta-merta akan dikenakan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.