Polis ambil keterangan pendakwah terkenal berhubung kes gangguan seksual

Polis ambil keterangan pendakwah terkenal berhubung kes gangguan seksual

Pengarah JSJ Bukit Aman mengesahkan kehadiran pendakwah berkenaan.

PETALING JAYA:
Seorang pendakwah terkenal dilaporkan hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pagi tadi untuk memberi keterangan berhubung siasatan melibatkan kes gangguan seksual.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Abd Jalil Hassan mengesahkan kehadiran pendakwah berkenaan.

Satu kenyataan media akan dikeluarkan mengenai kehadiran pendakwah terbabit, menurut laporan Harian Metro.

Terdahulu tular di media sosial mengenai video lucah yang menunjukkan lelaki mirip pendakwah itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.