
Selain itu, katanya, 190 lagi remaja di negeri itu telah lengkap divaksinasi, setakat semalam.
”Penduduk Sabah yang menerima vaksin pada 26 Sep adalah seramai 24,319 orang. Daripada jumlah itu, seramai 15,073 orang adalah penduduk dewasa dan seramai 9,246 orang adalah penduduk remaja.
”Kumulatif penduduk Sabah yang telah menerima vaksin dos satu atau Cansino setakat semalam juga ialah seramai 2.2 juta orang dan ia meliputi 1.9 juta orang penduduk dewasa bersamaan 72.1%.
”Sementara itu penduduk negeri ini yang menerima dos lengkap adalah seramai 1.6 juta orang dengan 61.5% daripadanya adalah penduduk dewasa,” katanya dalam kenyataan harian perkembangan Covid-19 di Sabah, hari ini.
Sementara itu, Masidi yang juga jurucakap negeri berkaitan Covid-19 berkata, Sabah mencatatkan penurunan kes baharu yang agak besar iaitu 751 kes dilaporkan, hari ini. Ia juga yang terendah sejak 27 Jul.
Katanya, jumlah berkenaan juga menunjukkan penurunan sebanyak 327 kes berbanding semalam.
”Perubahan angka jangkitan yang direkodkan di setiap daerah masih tidak statik, namun trend penurunan angka jangkitan hari ini adalah selari dengan jumlah daerah yang merekodkan penurunan kes iaitu sebanyak 18 daerah.
”Hanya enam daerah mencatatkan peningkatan kes dan tiga daerah kekal mencatatkan jumlah kes seperti angka semalam,” katanya.