Kerjasama peringkat pusat boleh dipraktik pada PRN Melaka, kata PN

Kerjasama peringkat pusat boleh dipraktik pada PRN Melaka, kata PN

Setiausaha Agung PN Hamzah Zainudin berkata jika di peringkat pusat kerjasama boleh dibentuk, ini bermakna di semua negeri juga ia boleh direalisasikan.

Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Hamzah Zainudin, berkata parti komponen PN, termasuk Bersatu, PAS dan Gerakan akan mengadakan perbincangan bersama rakan politik lain untuk membentuk kerjasama bagi PRN Melaka. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan bentuk kerjasama dengan rakan politik, termasuk Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Melaka, dalam tempoh terdekat.

Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainudin, berkata parti komponen PN, termasuk Bersatu, PAS dan Gerakan, akan mengadakan perbincangan bersama rakan politik lain untuk membentuk kerjasama itu.

“Dalam tempoh terdekat ini, kita akan umumkan bagaimana bentuk kerjasama yang akan kita adakan bagi menghadapi PRN Melaka,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Sementara itu, Hamzah yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, tidak timbul isu perpecahan dalam PN Melaka meskipun kerjasama bersama Umno belum diputuskan.

Malah, katanya, kerjasama politik yang berlaku di peringkat pusat boleh dipraktikkan pada PRN kelak.

“Jika di peringkat pusat kerjasama boleh dibentuk, ini bermakna di semua negeri juga ia boleh direalisasikan.

“Tidak timbul sebarang perselisihan, malah jalinan kerjasama politik bersama Umno sebagaimana di peringkat pusat mampu dipraktikkan dalam PRN Melaka,” katanya.

Beliau turut memaklumkan setakat ini belum ada mana-mana pemimpin PN yang mengumumkan perpecahan dengan mana-mana pemimpin parti lain.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.