5,594 kes Covid-19, 10 kluster

5,594 kes Covid-19, 10 kluster

Nilai Rt negara ketika ini adalah 1.00

PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan melaporkan 5,594 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 2,597,080 kes setakat ini.

Katanya, sebanyak 4,908 kes pulih, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang sembuh 2,498,345.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 5,570 kes adalah penularan tempatan manakala baki 24 kes adalah kes import,” katanya dalam kenyataan.

Sebanyak 532 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 266 memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, Hisham berkata sebanyak 10 kluster baharu Covid-19 dilaporkan hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 5,898 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 231 daripadanya kluster aktif dan 5,667 kluster lagi sudah tamat.

Sementara itu, Hisham berkata berdasarkan data terkini pada 14 Nov, nilai Rt Malaysia adalah 1.00.

Putrajaya mencatatkan nilai tertinggi iaitu 1.15, diikuti Selangor (1.06) dan Kuala Lumpur dan Pahang (1.05) Kelantan, Johor, Kedah dan Melaka (1.04).

Negeri lain yang mencatatkan Rt di bawah 1.0 ialah Sarawak, Labuan dan Perlis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.