2 termasuk pegawai agensi penguat kuasa ditahan rompak hampir RM1 juta

2 termasuk pegawai agensi penguat kuasa ditahan rompak hampir RM1 juta

Dalam kejadian 12 tengah hari kelmarin, tiga lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pegawai sebuah agensi penguat kuasa memecah masuk rumah seorang ahli perniagaan berusia 50-an.

Sumber berkata, polis menahan dua lelaki, termasuk seorang pegawai penguat kuasa yang masing-masing berusia 30-an. (Gambar Reuters)
PETALING JAYA:
Dua suspek, termasuk seorang pegawai agensi penguat kuasa ditahan kerana disyaki terbabit rompakan berkumpulan di sebuah rumah di Jalan Ampang, Kuala Lumpur membabitkan kerugian hampir RM1 juta.

Dalam kejadian 12 tengah hari kelmarin, tiga lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pegawai sebuah agensi penguat kuasa memecah masuk rumah seorang ahli perniagaan berusia 50-an.

Menurut sumber yang dipetik Harian Metro, suspek mendakwa sedang menyiasat mangsa, lalu menggeledah rumah dan meminta mangsa mengambil beg berisi wang tunai.

“Mangsa menuruti arahan suspek sebelum mereka melarikan beg berkenaan menaiki sebuah kenderaan.

“Selepas kejadian itu, mangsa tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.”

Susulan itu, kata sumber, polis menahan dua lelaki, termasuk seorang pegawai penguat kuasa yang masing-masing berusia 30-an.

Katanya, polis sedang mengesan suspek lain yang masih bebas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.