Wanita dakwa diganggu seksual ADUN Johor

Wanita dakwa diganggu seksual ADUN Johor

Polis sedang menyiasat laporan dibuat wanita berusia 26 tahun itu hari ini.

ADUN terbabit didakwa beberapa kali mengganggu mangsa yang dipercayai ahli sebuah parti politik di Johor.
JOHOR BAHRU:
Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang wanita yang mendakwa diganggu secara seksual oleh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Hussin Zamora berkata, pihaknya menerima laporan berhubung dakwaan salah laku ADUN terbabit terhadap wanita berumur 26 tahun itu di Balai Polis Kota Tinggi pada 11.30 pagi tadi.

“Ya, ada terima. Kes berkenaan sedang disiasat,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana belum meneliti laporan itu.

Laporan polis mengenai gangguan seksual itu tular di media sosial.

Mangsa, yang dipercayai ahli sebuah parti politik di Johor, mendakwa beberapa kali diganggu secara seksual oleh ADUN terbabit.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.