5,082 kes Covid-19, Sabah pecah rekod lagi

5,082 kes Covid-19, Sabah pecah rekod lagi

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun berkata, sebanyak 59.6% daripada jumlah kes hari ini adalah dalam kategori bergejala.

Dua lagi kluster sekolah dilaporkan, manakala 604 kanak-kanak bawah umur 11 tahun turut dijangkiti, kata Masidi Manjun.
KOTA KINABALU:
Sabah mencatat rekod kes harian Covid-19 tertinggi apabila 5,082 kes dicatatkan, hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun berkata, sebanyak 59.6% daripada jumlah kes hari ini adalah dalam kategori bergejala.

“Kota Kinabalu mencatat 1,086 kes hari ini, 56.6% bergejala atau jangkitan sporadik, Sandakan 500 (kes), Penampang 463, Tuaran 421, Papar 313, dan Tawau 310.

“Selain itu, dua lagi kluster sekolah dilaporkan (hari ini) manakala 604 kanak-kanak bawah umur 11 tahun turut dijangkiti,” katanya dalam hantaran di Twitter, sebentar tadi.

Masidi yang juga jurucakap negeri berkaitan Covid-19 berkata, sebanyak 99.72% kes baharu adalah dalam Kategori 1 dan 2, tiga kes dalam Kategori 3, 10 kes dalam Kategori 4 dan satu kes dalam Kategori 5.

Jumlah kes baharu hari ini juga adalah yang terbanyak selepas semalam dengan Sabah mencatatkan 4,374 kes.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.