
Beliau berkata, “pihak tertentu” menggunakan sikap tidak peduli itu untuk membuatkan orang Melayu menutup mata terhadap salah laku.
Katanya, tidak dapat dinafikan kegagalan masyarakat Melayu disebabkan mereka lebih mudah membuat “pilihan salah”.
“Yang mudah dan dekat lebih menarik apabila membuat pilihan. Mereka tidak fikir panjang,” katanya di Twitter.
Justeru, beliau menyeru masyarakat Melayu menyertai perjuangannya untuk membanteras rasuah.
“Bagi saya dalam jangka masa yang masih ada pada saya, ia tidak menjadi pembaziran jika saya berusaha sungguh-sungguh untuk membanteras rasuah di kalangan bangsa saya.”
Kritikan antirasuah terbaharu Ahli Parlimen Langkawi itu menyusul dua hari selepas partinya, Pejuang mengumumkan manifesto untuk pilihan raya negeri Johor.
Antara manifesto Pejuang termasuk membendung rasuah.
Tahun lepas, Mahathir memberitahu FMT, peningkatan kes rasuah di negara ini berpunca daripada individu mempunyai “rekod jenayah” menyokong kerajaan.