
Beliau turut menarik perhatian kepada kes kematian ketika ini yang banyak tertumpu kepada golongan berkenaan khususnya mereka yang belum menerima dos penggalak.
“Dalam fasa peralihan ini, kita harus melindungi golongan yang berisiko tinggi seperti orang tua kita. Segera dapatkan mereka dos penggalak.
Tonton video di sini.
“Untuk anda semua, kekal selamat dan waspada semasa fasa peralihan ini,” katanya di Twitter.
Menerusi data kes kematian Covid-19 yang dikongsi beliau, warga emas berusia 80 tahun ke atas adalah antara golongan merekodkan kematian tertinggi dengan 31.3% daripada 100,000 orang dalam kumpulan umur berkenaan.
Dalam pada itu, Khairy turut mengingatkan semua jemaah agar sentiasa memakai pelitup muka ketika menunaikan ibadah.
“Alhamdulillah masjid mula penuh untuk solat berjemaah. Terus pakai pelitup muka dengan cara yang betul.
“Memakai pelitup muka dengan betul terutama di dalam kawasan tertutup dengan pengudaraan yang baik sangat penting untuk kita menguruskan Covid-19,” katanya.