
Debat itu dijadualkan berlangsung di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, pada 9 malam 12 Mei ini.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Amihizam Abdul Shukor dipetik Harian Metro sebagai berkata, tiada permohonan permit diterima daripada penganjur setakat ini.
Debat itu yang dijangka berlangsung selama dua jam boleh disaksikan secara fizikal atau saluran media.
Ahad lalu, Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan, Fahmi Fadzil dan Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor, Isham Jalil dalam sidang media bersama berkata, format debat itu merangkumi tiga bahagian.
Bahagian pertama mengenai permasalahan dihadapi syarikat minyak dan gas, Sapura Energy Bhd, sama ada ia perlu diselamatkan atau tidak, manakala bahagian kedua berkisar tentang masa depan Malaysia yang merangkumi aspek ekonomi, politik, urus tadbir serta hala tuju negara, dan terakhir ialah sesi soal jawab.