Guan Eng bidas SPRM segera siasat Nazlan, tapi bukan Azam

Guan Eng bidas SPRM segera siasat Nazlan, tapi bukan Azam

SPRM berkata, ia sedang menyiasat Hakim Mahkamah Rayuan, Nazlan Mohd Ghazali berhubung 'wang tidak dapat dijelaskan dalam akaun banknya'.

Lim Guan Eng berkata, SPRM gagal bertindak sama terhadap Azam Baki atas dakwaan melanggar undang-undang berhubung pembelian saham berjuta ringgit tahun lalu.
PETALING JAYA:
Pengerusi DAP, Lim Guan Eng membidas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak segera menyiasat Ketua Pesuruhjayanya, Azam Baki berhubung dakwaan pemilikan saham dan waran bernilai jutaan ringgit, seperti yang dilakukan terhadap Hakim Mahkamah Rayuan, Nazlan Mohd Ghazali.

“Berikutan pengesahan Azam bahawa SPRM telah membuka kertas siasatan terhadap Nazlan, soalan perlu diajukan, mengapa SPRM gagal membuka kertas siasatan serta-merta ke atas Azam kerana melanggar undang-undang dalam pembelian berjuta-juta saham bernilai jutaan ringgit?” soalnya dalam kenyataan hari ini.

Ini susulan dakwaan Nazlan sedang disiasat kerana mempunyai RM1 juta yang tidak dapat dijelaskan dalam akaun banknya.

Nazlan membuat laporan polis berhubung tuduhan itu sambil berkata, ia adalah “palsu, tidak berasas dan berniat jahat” serta bertujuan menjatuhkan kredibilitinya sebagai hakim Mahkamah Rayuan.

Semalam, Azam mengesahkan SPRM sudah membuka kertas siasatan berhubung perkara itu selepas menerima “beberapa laporan” dan bukan disebabkan dakwaan yang dibuat dalam portal atau media sosial.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.