
Faizal yang juga penyandang kerusi berkenaan, turut menyindir bahawa isteri Aziz juga boleh bertanding di kawasan itu.
Katanya, sesiapa sahaja boleh bertanding di Parlimen Tambun, bukan hanya Aziz.
“Dia bukan nak lawan saya seorang tapi nak lawan semua orang sebab dia rasakan dialah orang paling hebat dalam dunia.
“Kalau begitu, kita dalam dunia dan di Malaysia ini kita mengamalkan demokrasi, bukan sahaja Dr Aziz Bari, isteri dia pun boleh bertanding juga sekali.
“Jadi semua kita galakkan, kalau nak bertanding, silakan. Tak ada masalah, cuma yang pentingnya kita dalam berpolitik, jangan memburuk-burukkan orang dengan cara yang tak baik,” katanya menurut laporan Awani.
Sebelum ini, Aziz beberapa kali menyatakan hasrat untuk bertanding di kerusi Parlimen Tambun atas tiket Pakatan Harapan (PH).
Malah, pada 22 Mei lalu, naib pengerusi DAP Perak itu turut menyatakan hasrat untuk mencabar Faizal yang juga menteri belia dan sukan.