
Naib presiden PAS berkata, sebarang keputusan itu akan dibuat selepas laporan berkenaan dibentangkan kepada majis tersebut.
“Dari situlah keputusan akan dibuat,” katanya menurut Utusan Malaysia, di Kota Bharu.
Sebelum ini, dilaporkan Presiden Abdul Hadi Awang berkata, parti itu sedang meneliti semula hubungan dan kerjasama dengan Bersatu menjelang PRU16.
Hadi memberi amaran kepada Bersatu yang kesabaran parti itu ‘ada batas’ susulan beberapa tindakan parti pimpinan Muhyiddin Yassin itu didakwa melanggar semangat setia kawan dalam Perikatan Nasional (PN).
Beliau turut menyentuh isu di Negeri Sembilan, selain tidak puas hati dengan perkembangan di Perlis menyaksikan tampuk pemerintahan beralih ke Bersatu dan campur tangan pelantikan exco Kedah dan timbalan speaker di Kelantan.