
Purata nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) turut menunjukkan penurunan sebanyak 2.2%, katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, bilangan kes kematian minggu lepas meningkat kepada 36.8%, manakala kes sembuh menurun 13.4%.
“Jumlah kemasukan pesakit ke hospital awam dan Pusat Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) bagi setiap 100,000 penduduk meningkat sebanyak 11% pada minggu epidemiologi ke-22 (berakhir 4 Jun 2022),” tambah Dr Noor Hisham.
“Penggunaan katil bukan kritikal menurun sebanyak 8%, penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) menurun sebanyak 14%, (manakala) penggunaan katil PKRC tiada perubahan.”
Setakat semalam, sebanyak 4,477,828 kes Covid-19 dicatatkan di negara ini, dengan 22,183 kes aktif, menurut laman sesawang CovidNow.