Lebih 1.2 juta kanak-kanak lengkap vaksinasi

Lebih 1.2 juta kanak-kanak lengkap vaksinasi

Ini bersamaan 33.8% populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun yang menerima vaksin bawah PICKids.

Sejumlah 1,733,501 atau 48.8% populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, berdasarkan data CovidNow.
KUALA LUMPUR:
Sebanyak 1,201,196 atau 33.8% kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan data laman sesawang CovidNow, sejumlah 1,733,501 atau 48.8% daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,914,970, atau 93.7% telah lengkap vaksinasi, manakala 3,010,110, atau 96.8% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam pada itu, seramai 16,105,955 atau 68.5% individu dewasa di negara ini telah menerima suntikan dos penggalak.

Seramai 22,979,868 atau 97.7% telah menerima dua dos suntikan vaksin dan 23,256,502 atau 98.9% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 4,254 dos harian diberikan semalam merangkumi 610 dos pertama, 3,068 dos kedua dan 576 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 70,987,758.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.