
Terdahulu, hakim Azizul Azmi Adnan menolak petisyen pilihan raya calon Barisan Nasional, S Suppayah.
Chiong memenangi kerusi Bukit Batu dengan majoriti 137 undi pada PRN Johor Mac lalu. Beliau menewaskan Suppayah, Tan Heng Choon daripada Perikatan Nasional (PN) dan Lee Ming Wen daripada Warisan.
Mahkamah memutuskan bahawa petisyen Suppayah adalah “rosak” dan tidak mematuhi keperluan bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya.
Azizul mengarahkan Suppayah membayar kos RM30,000 setiap seorang kepada Chiong dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Suppayah mendakwa permintaannya untuk mengira semula undi di beberapa pusat pengundian ditolak oleh pegawai SPR dan penolakan permintaannya itu tidak mematuhi undang-undang kecil pilihan raya.
Beliau seterusnya mendakwa dia mungkin memenangi kerusi itu jika SPR tidak menolak permintaannya.
G Manivanan, Adi Zulkarnian Zulkafli, Lau Yi Leong, Adly Zulfadhly Zulkefly dan Tan Wye Nye mewakili Chiong manakala Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly, Raja Shahril Anuar Raja Baniamin dan Sallehuddin Md Ali mewakili SPR.
Rajasekaran Thiyagarajan pula mewakili Suppayah.