Minta suapan urus pengeluaran kad pengenalan, anggota penguat kuasa ditahan

Minta suapan urus pengeluaran kad pengenalan, anggota penguat kuasa ditahan

Lelaki berusia 42 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Sandakan pagi tadi ketika hadir memberi keterangan.

Pengarah SPRM Sabah S Karunanithy berkata, suspek sudah dilepaskan dan akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Sandakan akhir bulan ini.
KOTA KINABALU:
Seorang anggota penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini selepas dipercayai meminta dan menerima rasuah kira-kira RM5,000 dalam urusan pengeluaran kad pengenalan.

Sumber berkata, lelaki berusia 42 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Sandakan kira-kira 9.30 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan.

Katanya, suspek dipercayai meminta dan menerima suapan daripada seorang individu sebagai upah untuk menguruskan pengeluaran kad pengenalan tempatan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(B) dan Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

“Suspek bagaimanapun dilepaskan dengan jaminan SPRM dan dijangka akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Sandakan hujung bulan ini,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.