Nilai semula status Wilayah Persekutuan KL, kata Ahli Parlimen DAP

Nilai semula status Wilayah Persekutuan KL, kata Ahli Parlimen DAP

Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng berkata ia bagi membolehkan rakyat di Kuala Lumpur dapat memilih wakil rakyat untuk mewakili mereka dengan baik dan berkesan di peringkat tempatan.

Lim Lip Eng berkata sudah tiba masanya untuk Kuala Lumpur dipertimbangkan menjadi sebuah negeri memandangkan ia merupakan wilayah yang maju dari segi ekonomi.
PETALING JAYA:
Ahli Parlimen DAP Lim Lip Eng mencadangkan supaya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ditukarkan statusnya menjadi sebuah negeri.

Ahli Parlimen Kepong itu berkata, selain memilih ahli Parlimen, rakyat di Kuala Lumpur kemudiannya akan dapat memilih wakil rakyat untuk mewakili mereka dengan lebih baik dan berkesan di peringkat tempatan.

Katanya, buat masa ini, menteri wilayah persekutuan dilantik oleh kerajaan pusat.

“Keadaan ini sudah terang menunjukkan Kuala Lumpur dikawal secara terus oleh kerajaan pusat.

Lim Lip Eng.

“Oleh yang demikian, adalah wajar status Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini dinilai semula sekiranya pihak kerajaan benar-benar mahu meraikan konsep demokrasi adil dan saksama,” kata Lim dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, ini adalah masa untuk Kuala Lumpur untuk dipertimbangkan menjadi di sebuah negeri memandangkan ia merupakan wilayah yang maju dari segi ekonomi.

“Dengan perubahan ini baru dapat mewujudkan sebuah sistem pentadbiran yang sama seperti Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Lumpur yang mana rakyat di kawasan tersebut dapat memilih ahli DUN mereka tersendiri.

“Melalui pemilihan seperti ini juga, seorang menteri besar dapat dilantik dan pimpinan beliau ini dapat mencerminkan kehendak dan kemahuan masyarakat Kuala Lumpur.

Wilayah Persekutuan terdiri daripada Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Shahidan Kassim adalah Menteri Wilayah Persekutuan sekarang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.