Klang, Kuala Langat, Beaufort antara daerah terima amaran ribut petir

Klang, Kuala Langat, Beaufort antara daerah terima amaran ribut petir

Amaran cuaca buruk itu dijangka berlaku sehingga 1 tengah hari ini.

Amaran ribut petir dikeluarkan bagi empat negeri iaitu Selangor, Sarawak, Sabah dan Labuan. (Gambat Bernama)
PETALING JAYA:
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Selangor, Sarawak, Sabah dan Labuan.

MetMalaysia dalam pemakluman di Facebook berkata, amaran cuaca buruk melibatkan Klang, Kuala Langat dan Sepang di Selangor.

Sementara itu, di Sarawak pula daerah dijangka terjejas adalah Limbang (Lawas). Selain itu, Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort di Sabah menerima amaran sama.

“Amaran cuaca buruk itu dijangka berlaku sehingga jam 1 tengah hari ini,” kata MetMalaysia.

Amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.