Saman fitnah: Jamal diperintah bayar ganti rugi RM300,000 kepada Teresa Kok

Saman fitnah: Jamal diperintah bayar ganti rugi RM300,000 kepada Teresa Kok

Ahli Parlimen Seputeh itu memfailkan saman pada 2017 selepas Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Jamal Yunos menuduhnya menyeleweng dana Yawas bawah inisiatif kerajaan negeri.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Jamal Yunos, yang tidak hadir di mahkamah hari ini, turut diperintahkan membayar kos RM50,000 kepada Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok.
KUALA LUMPUR:
Mahkamah Tinggi memerintahkan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Jamal Yunos membayar RM300,000 sebagai ganti rugi am, teruk dan teladan kepada Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok.

Hakim Mohd Arief Emran Arifin mengeluarkan perintah itu selepas Jamal gagal membuktikan pembelaannya.

Jamal, yang tidak hadir di mahkamah hari ini, turut diperintahkan membayar kos RM50,000 kepada Kok.

Kok memfailkan saman fitnah pada 2017 selepas Jamal menuduhnya menyeleweng dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) bawah inisiatif Skim Mesra Usia Emas kerajaan negeri.

Bercakap kepada media kemudian, Kok menceritakan pengalaman yang disifatkannya sebagai menyeksakan ketika disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas Jamal membuat laporan.

“Mereka serbu pejabat saya dan ambil semua fail saya,” katanya.

“Saya dan pembantu disoal siasat beberapa kali dan kami terpaksa jawab pelbagai jenis soalan.

“Kami terpaksa lalui seksaan sebegini hanya kerana Jamal buat laporan terhadap saya.”

Sementera itu, peguam Kok, SN Nair berkata, Jamal mempunyai pelbagai jalan untuk membela dirinya, namun gagal berbuat demikian.

Pada Jun, Jamal memecat peguamnya dan berkata, beliau berhasrat untuk mewakili dirinya. Bagaimanapun, beliau kemudian memohon perbicaraan ditangguhkan supaya beliau dapat mencari peguam baharu.

Bagaimanapun, Arief menolak permohonan Jamal dengan berkata, perbicaraan ini telah berlarutan sejak 2017.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.