Jururawat didakwa bunuh anak 8 bulan

Jururawat didakwa bunuh anak 8 bulan

Tiada jaminan ditawarkan kepada T Rebekal, 30.

T Rebekal dibawa ke Mahkamah Majistret Sungai Siput hari ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seorang jururawat sebuah hospital swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Siput di Perak atas dakwaan membunuh bayinya yang berusia lapan bulan, dua minggu lalu.

Setakat ini, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, T Rebekal, 30, memandangkan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Harian Metro melaporkan tertuduh mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan dalam bahasa Melayu.

Berdasarkan kertas pertuduhan, wanita itu didakwa membunuh J Melvin Jeshuran, bayi lelaki berusia lapan bulan di rumah No A13, Fasa 2A, Kampung Muhibbah di Sungai Siput kira-kira 6 petang 24 Julai lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Majistret Nurul Asyifa Redzuan menetapkan sebutan semula kes pada 3 Okt ini dan tiada jaminan ditawarkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.