
Bagaimanapun, mangsa yang memandu Proton Iriz itu berjaya keluar dari kenderaannya yang terjatuh di landasan kereta api dekat kawasan Wadi Hana sebelum menerima bantuan.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Mohd Nazaruddin Ahmad Zainuddin, mengesahkan kejadian itu susulan laporan diterima pihaknya kira-kira jam 2.32 pagi.
Katanya, sepasukan 11 anggota bersama sebuah jentera dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) serta satu Unit Bermotor Bomba (RIM) dikejarkan ke lokasi kejadian untuk membantu.
“Sebaik tiba di lokasi, kita dapati pemandu berusia 28 tahun itu cedera ringan. Kita turun bersama pasukan perubatan dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) memberikan rawatan kepada mangsa sebelum membawanya naik dengan menggunakan pengusung,” katanya, menurut Berita Harian.
Menurutnya, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Lebuhraya Tebrau menghala ke pusat bandar terbabas sebelum kereta dipandunya terbabas lalu terjatuh ke landasan kereta api berkenaan.
Katanya, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak HSA untuk tindakan seterusnya dan operasi itu tamat pada jam 3 pagi.