
KUALA LUMPUR: Akaun Telegram milik Menteri Luar Saifuddin Abdullah telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab, beberapa jam selepas perkara sama berlaku terhadap akaun Telegram peribadi Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.
Saifuddin yang memaklumkan perkara itu menerusi ciapan di Twitter berkata, pihak yang menggodam akaunnya telah menyalahgunakan nama dan gambarnya melalui aplikasi itu.
“Sesiapa yang menerima sebarang mesej daripada Telegram dinasihati abaikannya dan laporkan kepada pihak berkuasa,” menurut ciapan itu.
Petang semalam, Ismail Sabri memaklumkan bahawa akaun Telegram miliknya telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab, dan meminta orang ramai mengabaikan mesej daripada akaun berkenaan.