
Tertuduh Rosli Bakar, 29, Helmat, 22, Murad Ahmad, 26, mengangguk faham ketika tuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wahidah Zainal Abidin, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut tuduhan, ketiga-tiga buruh kampung itu didakwa bersama-sama dengan niat membunuh remaja berkenaan di hutan berhampiran simpang kawasan perkuburan lama Bukit Ibam, Muadzam Shah, Rompin antara 11.15 malam 20 Ogos hingga 7 pagi, 21 Ogos.
Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Luqman Hakim Mohamad Usari manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Ahmad Deniel Roslan.
Mahkamah menetapkan 3 Nov untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan bedah siasat.
Sebelum ini dilaporkan bahawa mayat remaja yang tidak bersekolah itu ditemukan oleh sepupunya di lereng bukit berhampiran rumahnya pada 21 Ogos dalam keadaan berdarah di tangan dan kepala.