
Dalam kenyataan ringkas, polis berkata, Ahli Parlimen Marang itu hadir bersama peguamnya.
“Beliau telah hadir bersama peguam beliau dan telah memberikan kerjasama sepanjang sesi rakaman keterangan berlangsung.
“Siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), JSJ Bukit Aman,” katanya dalam kenyataan itu.
Semalam, Bukit Aman berkata, polis menerima sebanyak 28 laporan ke atas Hadi berhubung isu itu.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian,” katanya.
Pada 20 Ogos lalu, Hadi mendakwa golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera adalah kumpulan majoriti perosak politik dan ekonomi negara.
“Barangkali kalangan inilah yang paling besar menguasai ekonomi negara dan mempengaruhi politiknya dengan cara yang haram,” dakwanya dalam kenyataan.