
Menerusi perkongsian di Facebook, lelaki itu turut merayu supaya video berkenaan dipadamkan agar masyarakat tidak lagi mengecam anaknya sehingga boleh memberi kesan psikologi kepada kanak-kanak terbabit.
Beliau menjelaskan anaknya yang meminati pasukan bomba teruja apabila berpeluang menyertai perarakan agensi itu pada 31 Ogos lalu dan bangun seawal jam 5 pagi.
“Dia teruja dapat pakai baju bomba. Saya sebagai bapa tetap bangga dengan keberaniannya turut serta walaupun bidang terjun,” tulisnya.
Sejak Rabu tular video kanak-kanak lelaki terbabit yang menunjukkan isyarat jari tengah dan bukan ‘mini love’ seperti sepatutnya ketika perarakan bot Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sempena hari kebangsaan.
Aksi kanak-kanak itu disedari anggota bomba berdiri di sebelahnya yang bertindak pantas menutup tangan dan menegurnya.
Pengunjung yang hadir turut menyedarinya malah sempat merakam video aksi berkenaan.
Rakaman video itu dimuat naik di pelbagai platform laman sosial dan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat kanak-kanak berkenaan.