Tonton bagaimana keriuhan tenggelamkan kebenaran dalam drama keluarga ‘Ghaib’

Tonton bagaimana keriuhan tenggelamkan kebenaran dalam drama keluarga ‘Ghaib’

Ghaib membawa pelbagai elemen termasuk politik, agama dan kekeluargaan dalam mencerminkan realiti corak pemikiran dalam masyarakat masa kini.

Ghaib dipentaskan bermula 8 hingga 11 Sept di Panggung Eksperimen Aswara.
KUALA LUMPUR:
Selepas lebih sedekad teater bertema sosio politik hampir tenggelam dalam lambakan teater muzikal dan komedi, kini ia bakal muncul kembali dalam naskah bertajuk “Ghaib” hasil nukilan penulis, Faisal Tehrani bawah arahan Fasyali Fadzly.

Menurut penulisnya, teater ini diinspirasi berdasarkan beberapa episod politik yang berlaku dalam negara sebelum ini, diterjemahkan dalam bentuk kisah kekeluargaan.

Ghaib membawa kisah keluarga golongan cendekiawan, profesor Saudade, yang menghasilkan buku dan gagasan idea terulung, harta ‘pusaka’ yang cuba dipertahankan isterinya, Qayyimah.

Teater ini menceritakan mengenai krisis yang wujud dalam sebuah keluarga, memaparkan konflik yang dilalui seorang wanita bergelar isteri dan ibu bernama Qayyimah dilakonkan oleh Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-31, Jun Lojong.

Ghaib mengangkat kisah kesungguhan seorang isteri mempertahankan maruah dan karya “pusaka” peninggalan suami daripada jatuh ke tangan anak dan menantu yang mempunyai kepentingan sendiri.

Ghaib ‘bereksperimen’ dengan jiwa penonton

Bukan sekadar pementasan biasa, Ghaib satu karya yang “bereksperimen” dengan perasaan penonton, akan ada satu babak di mana semua watak bercakap pada masa sama mewujudkan “kebisingan” yang membuatkan penonton tidak tahu siapa yang harus didengar.

Menurut Faisal, “kebisingan” yang diwujudkan dalam teater ini mencerminkan realiti berlaku dalam masyarakat sekarang, keresahan rakyat dalam memilih kepimpinan, mempertahan diri, menghakimi antara satu sama lain sehingga menenggelamkan kebenaran.

Teater berdurasi kurang satu jam menjanjikan babak yang padat dengan mesej, pengakhiran di luar jangkaan dan lakonan mantap daripada pelakon.

Karya yang disuntik dengan pelbagai elemen, termasuk agama, konservatif dan liberalisme adalah satu pementasan yang bermain dengan emosi dan babak tegang mengajak penonton merasai kekecohan, kebingungan dan keriuhan di dalam konflik yang dipaparkan.

Berkonsepkan kediaman keluarga golongan cendekiawan yang dipenuhi hasil penulisan, set pementasan dengan ruang yang kecil dan padat, namun peralihan “mood” dalam setiap babak masih boleh dirasai menerusi gabungan pencahayaan dan muzik yang baik.

Setiap watak bawa pandangan berbeza

Ghaib membawa kisah keluarga golongan cendekiawan, profesor Saudade, yang menghasilkan buku dan gagasan idea terulung, harta “pusaka” yang cuba dipertahankan oleh isterinya, Qayyimah.

Memaparkan karakter anak-anak dan menantu professor Saudade yang membawa imej golongan intelektual, agamawan dan kerabat, dapat dilihat setiap watak mempunyai hujah yang menggambarkan ideologi masing-masing.

Selain Jun Lojong, Ghaib turut dibintangi pelakon Zera Hariz, Fadhli Masoot, Nesa Idrus, Kirin Muhamad, dan Saiful Wazein yang semuanya alumni Aswara.

Penonton akan dibawa menyelami kesedihan dirasai Qayyimah yang terpaksa berdepan dengan kepura-puraan, perebutan kuasa dan pertelingkahan semata-mata menjaga maruah dan karya peninggalan suami.

Namun, di tengah-tengah konflik yang berlaku, Qayyimah menyimpan satu rahsia yang bakal mengubah persepsi penonton.

Apakah rahsia yang tersimpan? Untuk mengetahui saksikan Ghaib yang dipentaskan bermula 8 hingga 11 Sept bertempat di Panggung Eksperimen Aswara.

Selain Jun, Ghaib turut dibintangi pelakon Zera Hariz, Fadhli Masoot, Nesa Idrus, Kirin Muhamad, dan Saiful Wazein yang semuanya terdiri daripada alumni Aswara.

Teater berdurasi kurang satu jam menjanjikan babak yang padat dengan mesej, pengakhiran di luar jangkaan dan lakonan mantap daripada pelakon.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.