Pelajar senior dicekup, disyaki liwat ‘junior’ 2 jam di asrama

Pelajar senior dicekup, disyaki liwat ‘junior’ 2 jam di asrama

Mangsa yang berusia 16 tahun mendakwa dikilas tangan oleh suspek sebelum menjadi mangsa liwat sepanjang tempoh itu.

Ketua Polis Kedah Wan Hassan Wan Ahmad, berkata suspek berusia 19 tahun ditahan pada Isnin dengan kes disiasat mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
PETALING JAYA:
Seorang pelajar junior mendakwa menjadi mangsa liwat kepada pelajar senior selama dua jam, dalam kejadian di bilik asrama sebuah pusat pengajian, di Langkawi, pada Ahad.

Mangsa berusia 16 tahun dikatakan dipanggil seorang pelajar senior masuk ke biliknya, pada 1 pagi.

Ketua Polis Kedah , remaja itu yang masuk ke bilik berkenaan kemudian dikilas tangan oleh suspek berusia 19 tahun, sebelum mangsa mendakwa menjadi mangsa liwat pelajar senior terbabit.

“Hasil siasatan awal, kita mendapati mangsa membuat laporan berhubung kejadian kerana mahu kejadian menimpa dirinya diambil tindakan oleh polis, selain untuk pemeriksaan di hospital.

“Mangsa dalam laporannya juga turut mendakwa yang kejadian itu (liwat) berlarutan sehingga dua jam,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, susulan laporan itu, polis menahan suspek pada 8.15 malam, pada Isnin, dengan kes masih disiasat mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Kita akan menumpukan siasatan secara menyeluruh dan meliputi segenap aspek dalam kes seperti dilapor dan didakwa mangsa berkenaan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.