
Rampasan pertama pada 24 Sept, selepas polis marin menyerbu sebuah rumah tidak berpenghuni dan menemui 117 kotak rokok seludup.
“Dalam operasi itu, lima pegawai dan anggota polis marin membuat pemeriksaan ke atas sebuah rumah tidak bernombor dalam keadaan berkunci.
“Nilai keseluruhan rampasan ini ialah RM877,500,” katanya dalam kenyataan.
Dalam serbuan kedua, dua lelaki tempatan ditahan selepas polis menemui rokok seludup bernilai RM406,800 dalam lori dinaiki mereka di Jalan Samalaju, Bakun, Bintulu.
“Pemeriksaan dalam lori menemui rokok dan kedua-duanya telah gagal mengemukakan sebarang bukti berdokumen berkaitan dengan pemilikan barangan tersebut,” katanya.
Justeru katanya, kesemua rokok tersebut dibawa ke markas operasi Polis Marin Bintulu untuk tindakan selanjutnya.
“Barang rampasan itu serta suspek ditahan kemudian dirujuk kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu untuk siasatan dan tindakan selanjutnya,” katanya.