Pemuda Umno senarai ramai calon baharu, boleh menang

Pemuda Umno senarai ramai calon baharu, boleh menang

Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata calon juga dipilih berdasarkan kawasan tumpuan yang boleh dimenangi.

Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata kejayaan menampilkan calon lebih muda terbukti pada PRN Johor dan Melaka.
KUALA LUMPUR:
Pemuda Umno sudah menghantar senarai calon mereka bagi bertanding di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) untuk penelitian kepimpinan parti, kata ketuanya Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata, senarai calon yang ditampilkan bukan sahaja melibatkan ramai wajah baharu, malah mereka dipilih berdasarkan kawasan tumpuan yang boleh dimenangi calon pergerakan itu.

Menurutnya, kejayaan menampilkan calon lebih muda dan muka baharu terbukti pada pilihan raya negeri Johor dan Melaka sebelum ini yang menyaksikan calon Pemuda berjaya menambat hati pengundi dan memberi kemenangan kepada parti dan Barisan Nasional (BN).

“Kita mencadangkan calon mengikut kriteria yang ditetapkan parti iaitu WALI, ‘winnable’ (boleh menang), ‘acceptable’ (diterima) serta ‘likeable’ (disenangi) oleh rakyat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Exco Pemuda Umno.

“Pemuda tak pernah mendesak agar ada kuota 30% calon Pemuda, namun pendirian kita adalah mahu Umno dan BN menampilkan calon muda yang memberi isyarat bahawa BN sentiasa meremajakan serta membuat pembaharuan dalaman parti,” tambahnya.

Asyraf turut mengesahkan nama beliau antara calon daripada Pemuda Umno yang dihantar untuk penelitian Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.