
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu itu berkata, beliau menyerahkan kepada penduduk Gombak untuk membuat keputusan yang “tepat dan bertanggungjawab” kerana memilih wakil rakyat adalah suatu proses demokrasi.
“Saya sudah lama (berkhidmat) di Gombak, orang (tempatan) kenal saya. Mereka tahu kebolehan dan komitmen saya.
“Saya bersedia untuk terus berkhidmat untuk orang Gombak,” katanya dalam program Agenda Awani malam tadi.
Beliau mengalu-alukan cabaran untuk menghadapi mana-mana calon di kerusi itu, katanya.
Azmin telah menjadi Ahli Parlimen Gombak selama tiga penggal. Pada PRU 2018, bekas timbalan presiden PKR itu menang dengan majoriti 48,721.
Azmin dipecat keahlian pada Februari 2020 atas dakwaan “pengkhianatan terbuka”.
Gandingan Azmin dan beberapa bekas Ahli Parlimen PKR bersama Bersatu, PAS, dan Barisan Nasional membawa kepada pembentukan kerajaan baharu bawah pentadbiran Muhyiddin Yassin. Azmin menyertai Bersatu pada Ogos 2020.