
Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Syarina Shaarani @ Tan terhadap lelaki berusia 43 tahun itu.
Semalam, dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori kira-kira 11 pagi, mengorbankan tiga beranak, Zubaidah Abd Rajak dan suami Muhammad Nazirul Syafiq Azmi, masing-masing berusia 28 tahun serta anak tunggal mereka, Muhammad Rizqi yang baharu berumur setahun.
Siasatan awal di tempat kejadian mendapati lelaki itu yang sedang menjalankan kerja-kerja pembaikan pembahagi jalan, telah berhenti di lorong paling kanan dan sedang dalam proses meletakkan kon apabila kereta dipandu Muhammad Nazirul Syafiq yang datang dari arah belakang, melanggar lori berkenaan.