
PETALING JAYA: DAP mengumumkan ia akan bertanding di empat kerusi Parlimen dan lapan kerusi DUN di Pahang pada PRU15.
Berikut calon-calon DAP untuk kerusi Parlimen:
- Chiong Yoke Kong – Cameron Highlands
- Tengku Zulpuri Shah Raja Puji – Lipis
- Chow Yu Hui – Raub
- Young Syefura Othman – Bentong
DAP pada PRU14 berjaya menawan Parlimen Raub menerusi Tengku Zulpuri dan Bentong menerusi Wong Tack yang bertanding atas tiket PKR.
Pada PRU sama, BN menawan Cameron Highlands dengan kelebihan undi setipis 597, dan Lipis dengan majoriti 6,569 undi.
BN kembali teguh di Cameron Highlands pada PRK 2019, meraih majoriti 3,238 undi menerusi Ramli Mohd Nor.
Sementara itu, di peringkat DUN, DAP mempertaruhkan nasib di lapan kerusi berikut:
- Ho Chi Yang – Tanah Rata
- Tengku Zulpuri Shah Raja Puji – Tras
- Muhammad Khairil – Pulau Manis
- Woo Chee Wan – Mentakab
- Lee Chin Chen – Bilut
- Thomas Su Keong Siong – Ketari
- Kamache Doray Rajoo – Sabai
- Leong Yu Man – Triang
Daripada senarai itu, PH gagal menawan Pulau Manis pada PRU14. Kerusi itu menjadi milik BN dengan majoriti 2,334 undi.