9,936 mangsa banjir di 76 PPS di 4 negeri

9,936 mangsa banjir di 76 PPS di 4 negeri

Sebuah PPS dibuka di Gua Musang, Kelantan hari ini untuk menempatkan 13 mangsa daripada tiga keluarga.

pps
Jumlah mangsa banjir di Pahang tertinggi, dengan 9,062 orang daripada 2,956 keluarga berlindung di 60 PPS di di lima daerah. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kelantan hari ini, menjadikan keseluruhan 76 PPS di empat negeri yang menempatkan 9,936 mangsa banjir setakat 10.30 pagi ini.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, jumlah mangsa banjir di Pahang tertinggi, dengan 9,062 orang daripada 2,956 keluarga berlindung di 60 PPS di lima daerah.

Seramai 7,378 orang ditempatkan di 30 PPS di Kuantan, 776 orang di 15 PPS di Maran, 555 orang di tujuh PPS di Pekan, 337 orang di enam PPS di Rompin dan dua PPS di Jerantut dengan 16 mangsa banjir.

Di Terengganu, 514 mangsa banjir berlindung di 12 PPS di dua daerah.

Seramai 426 orang ditempatkan di 10 PPS di Kemaman, manakala 88 orang di dua PPS di Dungun.

Di Johor, 347 mangsa banjir daripada 90 keluarga berlindung di tiga PPS di Mersing.

Di Kelantan pula, PPS Sekolah Kebangsaan Lebir di Gua Musang dibuka hari ini untuk menempatkan 13 mangsa daripada tiga keluarga.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.