5 rumah hangus dalam kebakaran di Kampung Baru

5 rumah hangus dalam kebakaran di Kampung Baru

Bagaimanapun, tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian itu, kata bomba.

Anggota bomba berusaha memadam kebakaran melibatkan lima rumah di Kampung Baru malam tadi. (Gambar JBPM)
KUALA LUMPUR:
Lima rumah berhampiran pintu gerbang Kampung Baru di Jalan Raja Muda Musa di sini musnah dalam kebakaran malam tadi.

Komander Operasi Kanan, Rahmat Kamarulzaman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 8.19 malam.

Beliau berkata seramai 36 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa, Sentul, Jalan Tun Razak dan Hang Tuah serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan dikerah ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah yang mempunyai lima pintu (rumah) terbakar 90 peratus… tindakan operasi pemadaman menggunakan teknik offensive dan defensive dengan membuat cooling di rumah berhampiran.

“Tiada mangsa yang terlibat dan punca serta anggaran kerugian masih dalam siasatan,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.