Mayat bomba lemas ditemui, adik masih hilang

Mayat bomba lemas ditemui, adik masih hilang

Mangsa ditemukan oleh orang awam kira-kira 12.15 tengah hari tadi.

Polis berkata operasi mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa diteruskan dengan radius pencarian diperluaskan hingga 10km di sepanjang pesisir pantai. (Gambar Bernama)
BACHOK:
Seorang daripada dua beradik lelaki yang dilaporkan hilang di Pantai Kandis, semalam, ditemukan lemas dan terdampar kira-kira 3km dari lokasi kejadian, tengah hari tadi.

Ketua Polis Bachok, Mohamad Ismail Jamaluddin, berkata mangsa yang juga anggota bomba di Pulau Pinang, Ahmad Badrul Naim Ab Wahab, 32, ditemukan oleh orang awam kira-kira 12.15 tengah hari.

“Semenara itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) adik mangsa, Ahmad Nuruddin Ab Wahab, 21, masih diteruskan dengan radius pencarian diperluaskan hingga 10km di sepanjang pesisir pantai.

“Operasi digerakkan sejak petang semalam melibatkan pelbagai agensi termasuk bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim),” katanya ketika ditemui pemberita di Pantai Kandis, hari ini.

Dalam kejadian 5.30 petang semalam, Badrul dan Nurruddin dipercayai ke pantai berkenaan untuk berkelah bersama 20 ahli keluarga lain dari Pasir Puteh.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.