
Undi di beberapa kerusi lagi sedang dikira.
Keputusan tidak rasmi itu meletakkan gabungan berkenaan dalam laluan mencapai 30 kerusi bagi mendapatkan majoriti.
Perikatan Nasional dianggotai Bersatu, PAS dan beberapa lagi parti kecil.
Sekiranya keputusan tidak rasmi menjadi kenyataan, PN berada kedudukan paling terkedepan untuk memperoleh 30 kerusi bagi pembentukan kerajaan negeri secara bersendirian.
Kerajaan negeri sebelum ini dibentuk menerusi campuran PN, Barisan Nasional dan Parti Bangsa Malaysia.
Perak, selain Perlis dan Pahang, membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Oktober serentak dengan pembubaran Dewan Rakyat. Negeri lain memilih tidak menuruti tindakan ketiga-tiga kerajaan negeri itu.
Pada 2018, PH menang di Perak dan diterajui Ahmad Faizal Azumu dari Bersatu.
Bagaimanapun, tidak lama selepas partinya meninggalkan PH untuk bekerjasama dengan BN, Faizal kalah dalam undi percaya yang menyaksikan beliau kehilangan jawatan menteri besar.
Beliau kemudian digantikan Saarani Mohamad dari Umno.